Kerjaya antarabangsa Gerard_Piqué

Piqué di Palacio de la Moncloa untuk meraikan kejayaan Piala Dunia FIFA 2010.

Pada 6 Februari 2009, Piqué dipanggil oleh pasukan kebangsaan Sepanyol untuk perlawanan persahabatan menentang England pada 11 Februari, Sepanyol menang 2-0. Pada 28 Mac 2009, beliau dipanggil untuk menggantikan tempat Carles Puyol yang tercedera dan beliau menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010, 1-0 menang ke atas Turki.[20]

Piqué bermain untuk Sepanyol pada kejohanan pertamanya pada Piala Konfederasi FIFA 2009. La Roja menduduki tempat ketiga pada kejohanan itu.

Piqué dan Puyol menjadi pilihan pertama pertahanan Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Sepanyol kemudian menewaskan Belanda, 1-0 pada perlawanan akhir.[21]

Piqué bermain pada setiap perlawanan di UEFA Euro 2012 bersama Sergio Ramos yang bermain di pertahanan tengah. Beliau juga berjaya menyudahkan tendangan penalti ketiga pada peringkat kalah mati menentang Portugal. Pada perlawanan akhir, Sepanyol mudah menang 4-0 ke atas Itali. Piqué salah satu daripada tiga pemain pertahanan Sepanyol pada Pasukan Kejohanan.

Pada 30 Jun 2013 iaitu pada perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2013 menentang Brazil, Piqué dibuang padang selepas mengasari Neymar pada minit ke-68. Perlawanan itu menghancurkan rekod Sepanyol tanpa kalah 29 perlawanan pada kejohanan antarabangsa.[22]

Statistik

Pasukan kebangsaan Sepanyol
TahunKmnclnGol
2009134
2010160
201180
2012110
201392
201481
Jumlah654

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiLawanSkorKeputusanKejohanan
1 28 Mac 2009Madrid, Sepanyol Turki1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2 12 Ogos 2009Skopje, Macedonia Makedonia Utara2–2 2-3 Persahabatan
3 5 September 2009La Coruña, Sepanyol Belgium3–0 5–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
4 14 Oktober 2009Zenica, Bosnia dan Herzegovina Bosnia dan Herzegovina0–1 2–5 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Rujukan

WikiPedia: Gerard_Piqué http://www.bloomberg.com/news/2013-07-01/brazil-ca... http://edition.cnn.com/2009/SPORT/football/12/19/f... http://espnfc.com/news/story/_/id/1431988/gerard-p... http://espnfc.com/uk/en/gamecast/254714/gamecast.h... http://www.fcbarcelona.com/football/first-team/det... http://www.fcbarcelona.com/football/first-team/sta... http://www.fcbarcelona.com/web/english/noticies/fu... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://soccernet.espn.go.com/match?id=261375&cc=59... http://www.goal.com/en/news/12/spain/2009/03/29/11...